Wednesday, 12 June 2013

Pemilihan Produk Untuk Dihasilkan.

ASSALAMUALAIKUM..... ketemu lagi kita ye.ok ari ni saya xnak brceloteh bnyak la.ari ni saya nk kongsi ngan kengkawan semua berkenaan produk yang kumpulan saya pilih.  setelah melakukan perbincangan antara ahli kumpulan, kami memilih untuk menghasilkan ACUAN KUIH GENDANG KASTURI.  sebelum tu kawan-kawan pernah x mkan kuih gendang kasturi??? apa itu kuih gendang kasturi???? ha jom saya nk tnjukkan pada kengkawan.....
ni la rupa Kuih Gendang Kasturi

klau kat kedah, kuih ni dipanggil kuih kacang ja....hihih..

sebelum ni saya dh gtau kan yang kami diarahkan untuk membuat pemantauan terhadap masalah yang dihadapai oleh pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kn.  ketiga-tiga tempat pengusaha yang kami tinjau, kami memilih Pengusaha yang mengusahakan makanan sejuk beku atau frozen food.  untuk pengetahuan kegkawan, pengusaha Anor's Food ini menghadapi masalah untuk meghasilkan kuih ini dalam kuantiti yang banyak.  oleh yang demikian, kami memilih untuk menghasilkan acuan gendang kasturi  bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha ini. kat cni saya nak kongsi gambar-gambar berkenaan dengan Pengusaha Anor's Food.
kawah digunakan untuk menghasilkan doh
penimbang yang digunakan untuk menimbang setiap kuih untuk mendapatkan berat yang seragam
acuan yang digunakan
bersama pengusaha
ok la ari ni rsa nya smpai cini ja kot...esk saya nk kongsi ngan kengkawan kerja-kerja yang dilakukan untuk menghasilkan produk terbaru kami iaitu ACUAN KUIH GENDANG KASTURI...tungguuuu..
ok ASSALAMUALAIKUM......

Monday, 10 June 2013

KAJIAN LAPANGAN

ASSALAMUALAIKUM.. apa khbar kwan2 smua...jumpa lgi kita yer..sory sangat2 sebab sibuk ngan final..huhuhu ok hari ni saya nk kongsi berkenaan dengan proses kerja yang telah kumpulan saya lakukan.  sebelum ni kita dah belajar teori kn....sooo ari ni kta blajar amali sikit....ok kita tengok apa yang kumpulan saya lakukan.


sebelum kami memulakan projek rekacipta, kami melakukan tinjauan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengusaha IKS.  kat sini saya nk kongsi sikit gambar-gambar tempat IKS yang kami lawati.  kami memilih lokasi kajian lapangan kami di Pontian, johor.  terdapat beberapa tempat pengusaha industri kecil dan sederhana kami kunjungi.



Lawatan Pertama di JOSA FOOD yang menghasilkan pelbagai produk berasaskan nenas.

    
Bos besar Josa Food
produk yang dihasilkan        







bersama dengan pengusaha

seterusnya kami meneruskan lawatan kami ker Anor Food yang terletak di pontian juga.  pengusaha ini mengusahakan produk fozen food atau sejuk beku.
Bersama dengan pengusaha
antara produk yang dihasilkan
Tempat terakhir yang kami lawati adalah di Zainab's Cake.  pengusaha ini mengusahakan kek dan juga donut.
pengusaha IKS


Sunday, 12 May 2013

ANTHROPOMETRIK


Assalamualaikum…. Hye semua..ari ni saya ada topic baru nk kongsi denagan kengkawan semua.. rajin la plak ari ni ni post kan topic baru.hihihi.. biasa la kn..student, kngkadang sibuk, kngkadang free kn..ok2, ari ni saya nk kongsi berkenaan dengan ANTHROPOMETRIK.  Kawan-kawan pernah dengar tak dengan perkataan tu. Ok jom kita tngok apa yg dimaksudkan dengan ANTHROPOMETRIK?????

ANTHRO adalah bermaksud MANUSIA dan METRIK adalah bermaksud PENGUKURAN. 

ANTHROPOMETRIK merupakan suatu kajian berkenaan dengan saiz fizikal dan bentuk tubuh manusia.  Ia adalah penting kerana setiap manusia mempunyai fizikal tubuh badan yang berbeza.  Jika kita lihat, perbezaan diantara fizikal lelaki dan perempuan adalah berbeza.  Ada yang tinggi dan ada yang rendah.  Selain daripada itu, perbezaan diantara penduduk Malaysia dengan penduduk luar Negara juga berbeza.
Jika kita lihat orang disekeliling kita,mempunyai saiz tubuh badan yang berbeza.  Perbezaan saiz tubuh badan manusia adalah bergantung kepada jantina, usia dan eknik.  Oleh yang demikian dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk yang baru, aspek ini adalah perlu diberi perhatian. 
Sebelum itu, jom kita tengok serba sedikit tentang ukuran tubuh badan manusia.