Thursday 21 February 2013

Gambar-gambar yang Menarik & Kreatif





KREATIF

kat sini saya nk share la sikit berkenaan dengan kreatif...apa itu KREATIF??? 




kreatif ni pada pandangan saya adalah proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.  so nk senang faham... kreatif berasal dari perkataan Create = cipta.... so dia adalah benda baru yang dihasilkan oleh manusia...


KREATIVITI???sama tak dengan KREATIF????
  
meh kita tengok apa plak maksud kreativiti......



Kretiviti adalah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
  1. Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
  2. Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
  3. Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi. 

apa beza kreatif dan kreativiti??? pada pandangan saya kreatif dan kreativiti adalah sesuatu yang sama iaitu melahirkan idea atau sesuatu yang baru....betul tak??? (hihihi mintak pndapat korang la plak kan...)


Pemikiran kreatif ni dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T kepada semua manusia, apa yang membezakan seseorang itu ialah kecenderungan dan keupayaan seseorang itu berkreativiti banyak bergantung kepada faktor diri, persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi.

PEMBUKA BICARA

"Sebaik-baik manusia adalah yang mampu memberikan sumbangan kebaikan kepada orang lain"
PEMBUKA BICARA