Begitu banyak
pengalaman yang saya dapat disepanjang menjalankan projek rekacipta ini. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan
apabila komponen produk terhakis apabila disembur dengan cat spray. Bermacam-macam perasaan yang dirasai, tetapi
kami tidak mengaku kalah. Kami ahli
kumpulan berusaha untuk menghasilkan semula komponen yang terhakis itu. Selain itu, kesukaran bagi menyiapkan produk
ini adalah membuat lurah untuk dijadikan rel yang diperbuat daripada foam. Ini adalah kerana foam tersebut lembut serta
mudah patah, berbanding jika menggunakan kayu dimana boleh menggunakan mesin
bagi membuat lurah tersebut. Berkat
kesabaran kami ahli kumpulan, dapat juga kami menyiapkan lurah tersebut. betul la pepatah mengatakan, BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING. Kerja yang berat bila dibuat bersama-sama akan menjadi ringan jua. akhir nya dapat juga disiapkan projek kami dalam tempoh masa yang telah disiapkan.
ok saya rasa smpai disini saja dlu celoteh saya. diharap apa yang sayaa kogsikan dengan kawan-kawan selama ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. diharap kita ketemu lagi.
saya mohon maaf sekiranya ada tersalah kata selama sya berblog ni.ok jmpa lagi...
ASSALAMUALAIKUM... :-)
No comments:
Post a Comment