Assalamualaikum…. Hye semua..ari ni
saya ada topic baru nk kongsi denagan kengkawan semua.. rajin la plak ari ni ni
post kan topic baru.hihihi.. biasa la kn..student, kngkadang sibuk, kngkadang
free kn..ok2, ari ni saya nk kongsi berkenaan dengan ANTHROPOMETRIK. Kawan-kawan pernah dengar tak dengan
perkataan tu. Ok jom kita tngok apa yg dimaksudkan dengan ANTHROPOMETRIK?????
ANTHRO adalah bermaksud MANUSIA dan
METRIK adalah bermaksud PENGUKURAN.
ANTHROPOMETRIK merupakan suatu
kajian berkenaan dengan saiz fizikal dan bentuk tubuh manusia. Ia adalah penting kerana setiap manusia
mempunyai fizikal tubuh badan yang berbeza.
Jika kita lihat, perbezaan diantara fizikal lelaki dan perempuan adalah
berbeza. Ada yang tinggi dan ada yang
rendah. Selain daripada itu, perbezaan
diantara penduduk Malaysia dengan penduduk luar Negara juga berbeza.
Jika kita lihat orang disekeliling
kita,mempunyai saiz tubuh badan yang berbeza.
Perbezaan saiz tubuh badan manusia adalah bergantung kepada jantina,
usia dan eknik. Oleh yang demikian dalam
menghasilkan sesuatu rekabentuk yang baru, aspek ini adalah perlu diberi
perhatian.
Sebelum itu, jom kita tengok serba
sedikit tentang ukuran tubuh badan manusia.
No comments:
Post a Comment