Thursday 13 June 2013

RUMUSAN

Begitu banyak pengalaman yang saya dapat disepanjang menjalankan projek rekacipta ini.  Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila komponen produk terhakis apabila disembur dengan cat spray.  Bermacam-macam perasaan yang dirasai, tetapi kami tidak mengaku kalah.  Kami ahli kumpulan berusaha untuk menghasilkan semula komponen yang terhakis itu.  Selain itu, kesukaran bagi menyiapkan produk ini adalah membuat lurah untuk dijadikan rel yang diperbuat daripada foam.  Ini adalah kerana foam tersebut lembut serta mudah patah, berbanding jika menggunakan kayu dimana boleh menggunakan mesin bagi membuat lurah tersebut.  Berkat kesabaran kami ahli kumpulan, dapat juga kami menyiapkan lurah tersebut.  betul la pepatah mengatakan, BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING.  Kerja yang berat bila dibuat bersama-sama akan menjadi ringan jua.  akhir nya dapat juga disiapkan projek kami dalam tempoh masa yang telah disiapkan.











ok saya rasa smpai disini saja dlu celoteh saya.  diharap apa yang sayaa kogsikan dengan kawan-kawan selama ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.  diharap kita ketemu lagi.
saya mohon maaf sekiranya ada tersalah kata selama sya berblog ni.ok jmpa lagi...
ASSALAMUALAIKUM... :-)



AKTIVITI PENGHASILAN PRODUK



Assalamualaikum.  Ok seperti mana yang sya janjikan semalam, hari no sya nk kongsi dngan kengkawan aktiviti saya bersama rakan-rakan kumpulan menghasilkan produk yang yang telah dibincangkan sebelum ini.  

Bahan yang digunakan :

  • ·         Bekas Mister Potato
  • ·         Plastic
  • ·         Foam
  • ·         Cat spray
  • ·         Water base
  • ·         Water colour
  • ·         Dempul keras N/C


 
Prosedur Kerja


Dalam penghasilan model ini, kami telah menggunakan bekas Mister Potato sebagai bahan utama untuk menghasilkan acuan ini. Tujuan kami menggunakan bekas ini adalah kerana ianya berbentuk silinder, reka bentuk menarik dan seterusnya memudahkan kerja kami untuk menghasilkan acuan ini.  Berikut adalah beberapa prosedur untuk menghasilkan model acuan kuih gendang kasturi.  Disetiap jarak 15 mm, Bekas tersebut dipotong setebal 2 mm untuk membuat ruang bagi membolehkan mata pisau yang diperbuat daripada plastik diturunkan.  



Bekas Mister Potato yang dipotong

Seterusnya kerja-kerja memotong plastik cover untuk menghasilkan mata pisau yang akan digunakan sebagai pemotong kuih tersebut.  Saiz plastik yang dipotong tersebut adalah berdiameter 7.2 cm mengikut saiz diameter bekas Mister Potato tersebut. Selain itu, rod untuk meletakkan mata pisau juga dihasilkan. Ianya dihasilkan dengan menggunakan foam dimana foam tersebut dipotong mengikut panjang acuan.
Kerja-kerja kami diteruskan lagi dengan menghasilkan rod pemadat. Rod pemadat yang dihasilkan adalah menggunakan ‘foam’ yang telah disediakan di bengkel. Rod pemadat yang kami ingin hasilkan adalah berbentuk silinder, tetapi disebabkan fizikal foam tersebut amat sukar untuk dibentukkan silinder secara terus. Oleh itu, kami terpaksa memotong foam tersebut kepada empat bahagian. 

 
Pemegang rod pemadat


Untuk membentukkan bentuk bulat, kami menggunakan syiling lima puluh sen sebagai dasar. Seterusnya kami memotong foam tersebut menggunakan mesin bagi membentuk bulat yang cantik. Setelah selesai keempat-empat bulatan foam tersebut, ianya digamkan dengan menggunakan gam yang dikhaskan. Proses untuk melekatkan foam tersebut mengambil masa selama satu hari. Ia bertujuan supaya permukaan foam yang dilekatkan benar-benar kering.
Langkah seterusnya untuk menghasilkan model ini adalah menghasilkan tapak dan juga rel untuk menurunkan mata pisau. Tapak ini juga diperbuat daripada bahan foam. Selain itu, kami juga menghasilkan rel yang diperbuat daripada foam yang digunakan untuk menurunkan mata pisau memasuki ruang yang tersedia pada acuan.

Setelah selesai kerja penghasilan model, kerja-kerja kemasan pula dilakukan. Kesemua barang yang dihasilkan menggunakan foam perlu dicat terlebih dahulu menggunakan cat water-base yang berwarna putih dan dibiarkan kering. Setelah kering, kerja-kerja menyapukan pati atau simen iaitu dempul keras n/c pada rod pemadat dilakukan. Ia adalah bertujuan untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik. Setelah kering, rod pemadat tersebut perlu digosok menggunakan kertas las bagi melicinkan permukaannya.

kerja-kerja mengecat water base

rod pemadat yang disapukan dengan pati


Bagi komponen yang lain, kami tidak menggunakan pati tersebut tetapi kami menggunakan water colour berwarna kelabu. Ini kerana kami menghadapi masalah semasa mengecat produk menggunakan cat spray dimana foam yang digunakan terhakis. Oleh itu, kami menggunakan water colour jenama buncho sebagai dasar sebelum melakukan kerja-kerja mengecat sebenarnya.
Setelah lapisan water colour kering, barulah cat sembur digunakan untuk mengecat model yang dihasilkan. Kami memilih warna kelabu atau ‘grey’ kerana warna tersebut seolah-olah menunjukkan warna bahan sebenar bagi menghasilkan produk ini adalah menggunakan stainless steel.



hasil projek

hasil projek








Setelah selesai semua nya, 11.6.2013 adalah tarikh perbentangan untuk projek rekacipta ini.  Akhirnya setelah bertungkus lumus menyiapkan produk ini,kami dapat menyiapkannya dengan sempurna.