Tuesday 26 March 2013

ERGONOMIK


ASSALAMUALAIKUM…

Bertemu lagi kita kali ini…hari ni saya nak berkongsi dengan kawan-kawan mengenai ERGONOMIK sepertimana yang diterangkan oleh pensyarah saya.
Jom kita belajar APA ITU ERGONOMIK?????

ERGONOMIK adalah merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara persekitaran tempat kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para pekerja.  Ianya meliputi aspek interaksi manusia dengan penggunaan peralatan, keperluan dalam melakukan kerjadan juga faktor persekitaran di tempat kerja.


 
OBJEKTIF ERGONOMIK
  •  Untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kerja yang dilakukan termasuklah selesa untuk digunakan, mengurangkan kesilapan dan meningkatkan produktiviti.
  • Untuk memenuhi sebahagian daripada keinginan manusia seperti menambahbaik keselamatan, mengurangkan keletihan dan tekanan, meningkatkan keselesaan, kepuasan bekerja dan kualiti kehidupan.

 
 
PRINSIP-PRINSIP ERGONOMIK 
 
  • Bekerja dalam postur tubuh yang neutral /  normal  
          Posisi yang baik ialah berada dalam keadaan neutral kerana tubuh badan 
          tidak menerima @ dibebani apa-apa tekanan.
  • Mengurangkan daya @ tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan semasa kerja.
          Daya yang digunakan secara berlebihan @ melampau tehadap sambungan @ sendi   
          akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan @ kecederaan.
  • Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai 
          Lebih mirip kepada keadaan postur tetapi ia dapat membantu dalam penilaian tugas
          dari perspektif tertentu.  Barang-barang yang digunakan diletakkan berhampiran agar
          mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan regangan.


  • Bekerja pada ketinggian yang sesuai. 
                   Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi yang bersesuaian dengan keadaan tubuh 
         badan.

  •   Mengurangkan pergerakan yang berlebihan semasa bekerja
          Gunakan peralatan yang sesuai bagi membantu mengurangkan jumlah tekanan @ 
          pergerakan.

 
  • Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja. 
Mengangkat beban pada posisi yang sama untuk jangkamasa yang lama dikenali sebagai beban statik.  Beban statik ini akan menyebabkan keletihan & ketidakselesaan serta gangguan terhadap kerja yang dilakukan.



  • Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja
          Titik tekanan ialah titik dimana berlakunya sentuhan di 
          antara anggota tangan dan peralatan yang digunakan.






  • Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa semasa bekerja.
          Suasana persekitaran tempat kerja yang baik dapat membantu pekerja mencapai 
objektif kerja di samping menigkatkan usaha, keselesaan dan menghapuskan tekanan 
kerja.



  •   Menambahbaikkan organisasi kerja 
                     Keperihatinan dan penglibatan kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan & pekerja  
          adalah 2 faktor kritikal yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah keselamatan dan 
          kesihatan.

  • Musnahkan halangan
          Memusnahkan segala halangan yang mengganggu perjalanan kerja @ menyediakan 
          situasi yang tidak mempunyai halangan ketika kerja dilakukan.


  •  Rekabentuk paparan & kawalan ditempat    kerja agar mudah difahami.  
 Rekabentuk alatan yang baik dapat membantu pekerja menyampaikan maklumat 
dengan mudah dan difahami.  Pengawalan alatan juga dapat berjalan dengan lancar dan  baik.


  •  Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.
Senaman ringan atau regangan amat mudah dilakukan tetapi ia memberi kesan yang besar dalam menyelesaikan masalah ergonomic kerana ia dapat membantu otot @ sendi berehat dan tidak kejang.










FAEDAH ERGONOMIK
  1.      Pekerja dapat mengawal kerja
  2.      Kepuasan bekerja
  3.   Mengurangkan risiko kesakitan 
  4.  Meningkatkan produktiviti 
  5.    Menigkatkan prestasi kerja 
  6.    Masalah penyakit musculoskeletal (MSD)