Assalamualaikum. Ok seperti mana yang sya janjikan semalam,
hari no sya nk kongsi dngan kengkawan aktiviti saya bersama rakan-rakan
kumpulan menghasilkan produk yang yang telah dibincangkan sebelum ini.
Bahan yang digunakan :
- · Bekas Mister Potato
- · Plastic
- · Foam
- · Cat spray
- · Water base
- · Water colour
- · Dempul keras N/C
Prosedur Kerja
Dalam
penghasilan model ini, kami telah menggunakan bekas Mister Potato sebagai bahan utama untuk menghasilkan acuan ini.
Tujuan kami menggunakan bekas ini adalah kerana ianya berbentuk silinder, reka
bentuk menarik dan seterusnya memudahkan kerja kami untuk menghasilkan acuan
ini. Berikut adalah beberapa prosedur
untuk menghasilkan model acuan kuih gendang kasturi. Disetiap jarak 15 mm, Bekas tersebut dipotong
setebal 2 mm untuk membuat ruang bagi membolehkan mata pisau yang diperbuat
daripada plastik diturunkan.
Bekas Mister Potato yang dipotong |
Seterusnya kerja-kerja memotong
plastik cover untuk menghasilkan mata
pisau yang akan digunakan sebagai pemotong kuih tersebut. Saiz plastik yang dipotong tersebut adalah
berdiameter 7.2 cm mengikut saiz diameter bekas Mister Potato tersebut. Selain itu, rod untuk meletakkan mata pisau
juga dihasilkan. Ianya dihasilkan dengan menggunakan foam dimana foam tersebut dipotong mengikut panjang acuan.
Kerja-kerja kami
diteruskan lagi dengan menghasilkan rod pemadat. Rod pemadat yang dihasilkan
adalah menggunakan ‘foam’ yang telah
disediakan di bengkel. Rod pemadat yang kami ingin hasilkan adalah berbentuk
silinder, tetapi disebabkan fizikal foam tersebut amat sukar untuk dibentukkan
silinder secara terus. Oleh itu, kami terpaksa memotong foam tersebut kepada empat bahagian.
Pemegang rod pemadat |
Untuk membentukkan bentuk bulat,
kami menggunakan syiling lima puluh sen sebagai dasar. Seterusnya kami memotong
foam tersebut menggunakan mesin bagi
membentuk bulat yang cantik. Setelah selesai keempat-empat bulatan foam tersebut, ianya digamkan dengan
menggunakan gam yang dikhaskan. Proses untuk melekatkan foam tersebut mengambil masa selama satu hari. Ia bertujuan supaya
permukaan foam yang dilekatkan
benar-benar kering.
Langkah seterusnya untuk
menghasilkan model ini adalah menghasilkan tapak dan juga rel untuk menurunkan
mata pisau. Tapak ini juga diperbuat daripada bahan foam. Selain itu, kami juga menghasilkan rel yang diperbuat
daripada foam yang digunakan untuk menurunkan mata pisau memasuki ruang yang
tersedia pada acuan.
Setelah
selesai kerja penghasilan model, kerja-kerja kemasan pula dilakukan. Kesemua
barang yang dihasilkan menggunakan foam
perlu dicat terlebih dahulu menggunakan cat
water-base yang berwarna putih dan dibiarkan kering. Setelah kering,
kerja-kerja menyapukan pati atau simen iaitu dempul keras n/c pada rod pemadat
dilakukan. Ia adalah bertujuan untuk mendapatkan permukaan yang licin dan
cantik. Setelah kering, rod pemadat tersebut perlu digosok menggunakan kertas
las bagi melicinkan permukaannya.
kerja-kerja mengecat water base |
rod pemadat yang disapukan dengan pati |
Bagi komponen yang lain, kami
tidak menggunakan pati tersebut tetapi kami menggunakan water colour berwarna kelabu. Ini kerana kami menghadapi masalah
semasa mengecat produk menggunakan cat
spray dimana foam yang digunakan
terhakis. Oleh itu, kami menggunakan water
colour jenama buncho sebagai
dasar sebelum melakukan kerja-kerja mengecat sebenarnya.
Setelah lapisan water colour kering, barulah cat sembur
digunakan untuk mengecat model yang dihasilkan. Kami memilih warna kelabu atau ‘grey’ kerana warna tersebut seolah-olah
menunjukkan warna bahan sebenar bagi menghasilkan produk ini adalah menggunakan
stainless steel.
hasil projek |
hasil projek |
Setelah selesai semua nya,
11.6.2013 adalah tarikh perbentangan untuk projek rekacipta ini. Akhirnya setelah bertungkus lumus menyiapkan
produk ini,kami dapat menyiapkannya dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment