ASSALAMUALAIKUM…
Bertemu lagi kita kali
ini…hari ni saya nak berkongsi dengan kawan-kawan mengenai ERGONOMIK
sepertimana yang diterangkan oleh pensyarah saya.
Jom kita belajar APA ITU
ERGONOMIK?????
ERGONOMIK adalah merupakan
satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara persekitaran tempat kerja
dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para
pekerja. Ianya meliputi aspek interaksi
manusia dengan penggunaan peralatan, keperluan dalam melakukan kerjadan juga
faktor persekitaran di tempat kerja.
OBJEKTIF
ERGONOMIK
- Untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kerja yang dilakukan termasuklah selesa untuk digunakan, mengurangkan kesilapan dan meningkatkan produktiviti.
- Untuk memenuhi sebahagian daripada keinginan manusia seperti menambahbaik keselamatan, mengurangkan keletihan dan tekanan, meningkatkan keselesaan, kepuasan bekerja dan kualiti kehidupan.
PRINSIP-PRINSIP
ERGONOMIK
- Bekerja dalam postur tubuh yang neutral / normal
Posisi yang baik ialah berada dalam keadaan
neutral kerana tubuh badan
tidak menerima @ dibebani apa-apa tekanan.
- Mengurangkan daya @ tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan semasa kerja.
Daya yang digunakan secara berlebihan @ melampau
tehadap sambungan @ sendi
akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan @
kecederaan.
- Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai
Lebih mirip kepada keadaan postur tetapi ia
dapat membantu dalam penilaian tugas
dari perspektif tertentu. Barang-barang yang digunakan diletakkan
berhampiran agar
mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan regangan.
- Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi
yang bersesuaian dengan keadaan tubuh
badan.
- Mengurangkan pergerakan yang berlebihan semasa bekerja
Gunakan peralatan yang sesuai bagi membantu
mengurangkan jumlah tekanan @
pergerakan.
- Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja.
Mengangkat beban pada posisi yang sama untuk
jangkamasa yang lama dikenali sebagai beban statik. Beban statik ini akan menyebabkan keletihan
& ketidakselesaan serta gangguan terhadap kerja yang dilakukan.
- Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja
Titik tekanan ialah titik dimana berlakunya
sentuhan di
antara anggota tangan dan peralatan yang digunakan.
- Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa semasa bekerja.
Suasana persekitaran tempat kerja yang baik
dapat membantu pekerja mencapai
objektif kerja di samping menigkatkan usaha,
keselesaan dan menghapuskan tekanan
kerja.
- Menambahbaikkan organisasi kerja
Keperihatinan dan penglibatan kedua-dua pihak
iaitu pihak pengurusan & pekerja
adalah 2 faktor kritikal yang diperlukan
dalam menyelesaikan masalah keselamatan dan
kesihatan.
- Musnahkan halangan
Memusnahkan segala halangan yang mengganggu perjalanan
kerja @ menyediakan
situasi yang tidak mempunyai halangan ketika kerja
dilakukan.
- Rekabentuk paparan & kawalan ditempat kerja agar mudah difahami.
dengan mudah dan difahami. Pengawalan alatan juga dapat berjalan dengan
lancar dan baik.
- Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.
Senaman ringan atau regangan amat mudah
dilakukan tetapi ia memberi kesan yang besar dalam menyelesaikan masalah
ergonomic kerana ia dapat membantu otot @ sendi berehat dan tidak kejang.
FAEDAH
ERGONOMIK
- Pekerja dapat mengawal kerja
- Kepuasan bekerja
- Mengurangkan risiko kesakitan
- Meningkatkan produktiviti
- Menigkatkan prestasi kerja
- Masalah penyakit musculoskeletal (MSD)
No comments:
Post a Comment