Tuesday, 19 March 2013

cetusan idea

Assalamualaikum.... bertemu lagi kita kali ini.... dah berapa hari sya x buka blog ni sbb kekangan masa...biasa la nma pn student kn... sbuk ngan klas, egsment la bengkel la...adoiii la....hehehe... tpi x bleh mngeluh.  ni kan mmang tnggungjwab sbgai sorang pelajar kn....

dah3 dok merapu apa x tau la.hihihih k hari ni sya nk kngsi dengan kengkawan berkenaan dengan IDEA.. apa itu IDEA?????bagaimana kita nak dapatkan idea-idea yang bernas...jom sya nk share ngan kengkawan.

IDEA....

Idea adalah buah fikiran kreatif atau inovasi yang sangat penting kepada kita kerana idea dapat membantu kita membuat keputusan, menyelasaikan sesuatu masalah atau menjana idea produk konkrit dan abstrak.  Kreativiti dan inovasi merupakan kunci terpenting untuk menjayakan dalam pelbagai bidang pada era perkembangan yang epesat ini.  Sepertimana yang kita tahu sebarang aktiviti yang kita lakukan memerlukan idea dan berfikir. ianya sama seperti sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita akan berfikir, dan dari berfikir itu akan tercetusnya idea.  

Untuk memastikan idea yang dihasilkan adalah inovatif dan dapat memenuhi objektif yang dikehendaki, keadah yang sistematik dan bernas perlu digunakan.  tidak semua idea kreatif boleh digunakan.  walaubagaimanapun, idea-idea kreatif perlu dihasilkan untuk mendapatkan beberapa idea yang inovatif.  antara sumber-sumber untuk mendapatkan idea adalah :


1. Kajian Analogi

Analogi iaitu keserupaan atau kesamaan.  Idea kreatif selalunya terhasil akibat daripada keupayaan untuk melihat kesamaan sesuatu masalah dengan sesuatu produk yang telah dihasilkan sebelum ini.  sebagai contoh, sebelum ini kita telah pun menyiapkan sebuah projek almari pada semestar pertama, pada semestar ke dua juga kita ditugaskan untuk menyiapkan projek almari juga.  Oleh yang demikian kita boleh berfikir dan menganalisis kembali masalah-masalah yang kita hadapi semasa menyiapkan projek pertama dan kita perlu berfikir bagaimana untuk tidak mengulangi kembali kesalahan yang telah kita lakukan pada projek pertama itu. bagaimanapun keupayaan menggunakan pemikiran analogi bergantung kepada pengalaman lampau seseorang.  oleh itu, untuk menjadi kreatif, seseorang itu perlu peka kepada apa yang berdisekelilingnya.  antara maklumat yang boleh digunakan untuk mendapatkan idea adalah :
  • paten
  • produk serupa yang telah ada dipasaran
  • buku-buku rujukan
  • pakar yang terlibat menghasilkan produk-produk di pasaran 

2. Sumbangsaran ( Brainstorming)

Sumbangsaran atau brainstorming mestilah djalankan secara berkumpulan.  Ianya boleh dilakukan berpandukan Carta Morfologi untuk mendapatkan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah.  sumbangsaran adalah suatu kaedah yang baik untuk mendapatkan idea-idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah melalui gabungan idea daripada berbagai-bagai pihak.antara garis panduan untuk menjalankan kaedah sumbangsaran ini adalah :
 

  • dikendalikan dalam bentuk kumpulan yang kecil (5- 12 orang)
  • setiap ahli perlu memberikan ideanya tanpa sebarang kritikan dan komen daripada ahli yang lain.
  • setiap ahli harus memikirkan idea yang lebih baik berdasarkan idea-idea yang telah diberikan oleh ahli kumpulan yang lain.
  • suasana sekeliling hendaklah dalam keadaan tenang, riang dan humor. 


3. Penggabungan Konsep

Idea-idea yang dihasilkan melalui Kaedah Morfologi adalah dalam bentuk penyelesaian kecil atau subidea dan perlu digabungkan untuk menghasilakn satu rekabentuk konsep.  sesebuah rekabentuk konsep boleh dihasilkan dengan menggabungkan subidea-subidea menggunakan kaedah lakaran. 


so setakat ini sahaja coretan saya berkenaan denga idea.  Diharap selepas ini apa yang saya kongsikan dengan kengkawan, dapat membantu serba sedikit kengkawan untuk menjana idea.  jumpa lagi dilain masa...
ASSALAMUALAIKUM. ...

No comments:

Post a Comment