Thursday 14 March 2013

Prinsip Rekabentuk


 


Assalamualaikum... jumpa lagi kita... ari ni saya nak kongsi dengan kengkawan sebua berkenaan rekabentuk.  minggu lepas dalam kelas asas rekacipta saya belajar berkenaan dengan rekabentuk.
dalam merekabentuk sesuatu perlulah mematuhi prinsip-prinsip rekabentuk terlebih dahulu.


PRINSIP REKA BENTUK

Ianya terbahagi kepada 4 iaitu :






           1.  Prinsip Mudah

Dalam prinsip-prinsip mudah pula perlulah mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu visual dihadkan kepada satu idea sahaja.  ini adalah kerana dalam merekabentuk sesuatu perlukan penumpuan yang khusus kepada objek yang kita ingin hasilkan.  selain daripada itu ianya juga perlulah mempunyai sedikit sahaja elemen bagi mengelakkan omjek tidak berserabut.  ciri-ciri lain adalah lukisan objek itu mestilah jelas dan terang dan garisan 'outline' mestilah ditebalkan.

contoh


 

 
Visual yang digunakan terhad iaitu gambar meja, elemen yang terdapat di dalam grafik juga sedikit iaitu elemen gambar, dan warna.  dengan ini kita dapat memahami dengan jelas apa yang ingin dihasilkan.

2. Prinsip Penyatuan

Dalam prinsip penyatuan juga perlu mempunyai beberapa ciri.  Antaranya adalah

a)    Perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen tersebut berfungsi sebagai satu keseluruhan.
b)    Elemen seperti penghurufan, warna dan bahan-bahan lain saling melengkapi bagi mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
c)    Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya. 


 

 
Visual yang digunakan adalah berbentuk grafik penyatuan antara huruf. Elemen huruf saling melengkapi bagi membentuk perkataan yang lengkap. Penyatuan diperolehi melalui tanda tambah.


3. Prinsip Penegasan 

 dalam prinsip penegasan juga perlukan beberapa ciri iaitu :-

a)    Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian.
b)    Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.


 

menangis
Visual di atas menunjukkan seorang bayi yang menangis. Grafik yang digunakan menegaskan elemen warna,idea dan perkataan yang dapat menjadi pusat minat murid-murid mempelajari perkataan menangis

















                              4.     Prinsip Seimbang

  Terbahagi kepada dua jenis iaitu perimbangan formal dan perimbangan tidak formal, walaubagaimanapun kedua-dua jenis prinsip ini perlu memenuhi ciri-ciri tersebut:



a)    Kesemua elemen visual hendaklah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah
b)    Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang.



ok setakat ni saja untuk ari ni...hingga kita ketemu lagi




No comments:

Post a Comment