Sunday, 12 May 2013

ANTHROPOMETRIK


Assalamualaikum…. Hye semua..ari ni saya ada topic baru nk kongsi denagan kengkawan semua.. rajin la plak ari ni ni post kan topic baru.hihihi.. biasa la kn..student, kngkadang sibuk, kngkadang free kn..ok2, ari ni saya nk kongsi berkenaan dengan ANTHROPOMETRIK.  Kawan-kawan pernah dengar tak dengan perkataan tu. Ok jom kita tngok apa yg dimaksudkan dengan ANTHROPOMETRIK?????

ANTHRO adalah bermaksud MANUSIA dan METRIK adalah bermaksud PENGUKURAN. 

ANTHROPOMETRIK merupakan suatu kajian berkenaan dengan saiz fizikal dan bentuk tubuh manusia.  Ia adalah penting kerana setiap manusia mempunyai fizikal tubuh badan yang berbeza.  Jika kita lihat, perbezaan diantara fizikal lelaki dan perempuan adalah berbeza.  Ada yang tinggi dan ada yang rendah.  Selain daripada itu, perbezaan diantara penduduk Malaysia dengan penduduk luar Negara juga berbeza.
Jika kita lihat orang disekeliling kita,mempunyai saiz tubuh badan yang berbeza.  Perbezaan saiz tubuh badan manusia adalah bergantung kepada jantina, usia dan eknik.  Oleh yang demikian dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk yang baru, aspek ini adalah perlu diberi perhatian. 
Sebelum itu, jom kita tengok serba sedikit tentang ukuran tubuh badan manusia.